Tuesday, February 9, 2010

Orang yang tidak menguntungkan

Biasanya, apabila barang dimaksudkan mengenai betapa pentingnya makanan, pakaian, dan perlindungan, perkara yang sebenar sangat penting. Pelanggan mahu menjadi seseorang yang mendapat untung, di mana mereka lebih atau kurang berjaga-jaga mengenai bagaimana dia membahagikan duitnya. Untuk melakukan ini bermakna memberi perhatian yang lebih terhadap nilai konkrit terhadap apa yang mereka beli, ketahanan jenis kain, kuantiti makanan, dan kekukuhan bahan membuat bangunan.
Falsafah perniagaan juga telah berkaitan dengan isu ini, dengan beberapa perusahaan cemerlang dalam mencipta kualiti tersendiri dan harga yang berpatutan. Pasaran telah dibekalkan secara besar-besaran mengenai barangan yang dujial dan dibeli. Pengguna merupakan pelanggan, bukan pemerhati.
Dalam pasaran moden, sebagai contoh dalam pasaran besar dan luas (makanan, dadah, atau kedai perabot), mengingatkan kita setiap hari mengenai revolusi pemasaran yagn telah dibincangkan. Terdapat pelbagai barangan, semuanya telah ditunjukkan dalam pelbagai cara yang hampir sama. Terdapat makanan beku, makanan yang separa masak, makanan dalam bungkusan, dan pakej denganalatan pembukaan pintar.
Dalam penyediaan baru ini, apakah jenis pengguna? Pengguna ialah seorang yang mahukan keuntungan - terutama setelah adanya bukti yang menunjukkan mereka tidak membeli dengan bijak. Mereka selalunya mengaitkan harga yang mereka bayar dengan sesuatu perkara; mereka mempunyai beberapa piawaian untuk menentukan kualiti barangan yang dibeli.
Ini bukanlah hanya gurauan. Rumah di Amerika mempunyai banyak barang dengan harga yang tidak diketahui - objek yang dibeli pada masa, barangan yg hanya mengumpul habuk jika tidak ditutup, dan bengkel bawah tanah yang tidak digunakan. Terdapat beberapa contoh - mereka mungkin diberi oleh saudara, yang selalu mempunyai rumah dengan perabot yang tidak menyenangkan. Masalahnya sekarang, apabila orang membeli, mereka lebih memilih untuk membeli dengan mewahnya. Pengguna masih bercakap mengenai harga, kualiti, dan ketahanan, yang mana ianya dikaitkan sebagai nilai tradisional. Tetapi pada masa yang sama, mereka tahu mengenai faktor lain yang memberi kesan kepada mereka dan percaya ini menjadi pengaruh-pengaruh yang kuat kepada mereka.

Perubahan Suasana

Kita tidak perlu mengikut perubahan seperti di Amerika Syarikat. Mereka mempunyai lebih daripada semua benda - lebih masa lapang, lebih wang, lebih posisi, lebih keseronokan. Sosiologi dan psikologi mentafsirkan suasana sekarang adalah berfesyen, dan ia merupakan sebahagian daripada suasana - sebahagian daripada manusia terlalu asyik dengan perkembangan kerana kita sekarang telah berubah lebih jauh dan jauh daripada mencari rezeki.
Perhatian yang kurang di situ ialah dengan kepuasan yang konkrit mengenai tahap kelangsungan yang wujud, lebih banyak tindakbalas abstrak manusia terjadi. Kelaziman dalam pasaran ialah peningkatan penerangan, ia juga menjadi simbolik yang meningkat. Idea ini memerlukan beberapa pemeriksaan, kerana penjual barangan adalah berkaitan, samada degil atau tidak, dalam menjual simbol, sepertimana praktikal pembarangan. Ini bermakna pengurus pemasaran mestilah meletakkan lebih daripada fakta relatif yang mana mereka selalunya mengambil berat tentang diri sendiri dan tidak berfikir mengenai pembarangan yang mempunyai siombol yang signifikan.

Simbol Untuk Dijual

Ahli perniagaan yg berfikir telah mendapat kesedaran mengenai perkembangan penggunaan konsep sains sosial dalam dunia perniagaan. Pihak pengurusan telah meningkatkan kesedaran mengenai hubungan antara orang, samada dalam kalangan kumpulan pihak pengurusan, orang bawahan, antara sektor perkilangan dan penjual, atau antara pihak pengeluaran dengan pelanggan.
Pendapat moden ialah orang ramai mempunyai banyak alternatif ; iaitu mereka boleh dimotivasikan melalui pelbagai cara. Daripada andaian ini, komunikasi, pemahaman, dan komitmen telah dipertingkatkan dengan mengambil berat mengenai apa yang masyarakat dunia fikirkan - mengenai pendapat politik orang ramai, tindakbalas pelanggan, dan sbgnya. Disebabkan peningkatan ini, sains dan latihan pihak pengurusan telah berdepan dengan kehidupan baru.